Thursday, February 17, 2011

Fakta 3: AIR dan Penurunan Berat Badan


Bagi sesiapa yang mahu mengurangkan berat badan, minum banyak air kosong antara jalan terbaik. Air elemen penting untuk membantu meningkatkan metabolisme badan dan mempercepatkan proses pembuangan lemak. Untuk kekal sihat dan bertenaga, setiap orang perlu minum sekurang-kurangnya 3-4 liter sehari. Namun bagi sesetengah orang, nasihat ini sukar diikut dengan alasan mereka akan kerap mengulang ke tandas dan ini bukan perkara yang digemari.

Secara purata, badan kita kehilangan hampir 2.5 liter air (lebih kurang 10 cawan) setiap hari melalui peluh, pernafasan dan pembuangan najis.Hampir 60% daripada berat badan kita adalah berat air, jadi jika berlaku dehidrasi badan akan mengalami perubahan fisiologi yang mungkin boleh menjejaskan kesihatan, tetapi masalah ini biasanya tidak kita sedari.

Masalah kekurangan air akan menyebabkan jumlah darah yang dipam ke seluruh badan juga berkurang. Akibatnya, jantung terpaksa mengepam lebih kuat untuk membekalkan darah yang mencukupi kepada semua organ dan keupayaan badan mengekalkan tekanan darah juga menurun.

Oleh kerana badan kekurangan air, kita tidak akan berpeluh dan haba tidak keluar dari badan seperti biasa. Dan seterusnya lemak tidak dapat diuraikan.

Antara tanda kekurangan air termasuk:

* Cepat letih, kanak-kanak jadi kurang aktif

* Terlalu dahaga

* Mulut kering

* Mengantuk

* Air kencing sedikit dan pekat

* Air mata terlalu sedikit atau tiada apabila menangis

* Lemah otot

* Sakit kepala dan pening

Pada keadaan lebih serius, individu terbabit mungkin mengalami masalah:
* Kurang berpeluh

* Mata cengkung

* Tekanan darah rendah

* Kulit menjadi kering dan tidak kenyal (bila ditekan, lambat kembali ke bentuk asal)

* Denyutan jantung menjadi cepat

* Demam

* Meracau

* Pengsan

Sikap tidak suka minum air juga sebenarnya menyeksa organ penting badan, terutama buah pinggang, kerana buah pinggang tidak lagi dapat berfungsi menapis bahan-bahan toksik daripada air (tindak balas untuk mengurangkan kehilangan air dari badan).

Kunci kejayaan kepada penurunan berat badan ialah minum air kosong dengan banyak setiap hari! Tetapkan hati, sekiranya kita berazam untuk menurunkan berat, mulakanlah dengan pengambilan air 3-4 liter sehari...InsyaAllah, akan dipermudahkan...